Saturday, August 22, 2015

Pengalaman sambung belajar PJJ MASTER


Assalamualaikum

Hari neh aku nak sharing tentang pengalaman aku sambung belajar…Masters pjj ! 



1)Pemilihan Universiti :
Aku pilih UPSI untuk aku sambung belajar sebab aku rasa aku dh biasa dengan budaya dan cara UPSI. Aku dah selesa dan pensyarah pun ramai yang dah aku kenal. Jadi aku dah tau mana yang bagi markah banyak mana yang bagi markah sikit pada aku yang last minit belaja neh. Walaupun sebenarnya UPSI tu jauh daripada tempat aku keja tapi aku nak juga amek UPSI. Gediks weh nak makan nasik kerabu and nak trevel jauh2 tiap2 minggu. Kuikui. Sebenarnya master UPSI hnya 2 tahun sahaja dan yuran dia lebih murah hanya rm 5k ++ untuk 4 sem. Murahkan? Kelas hanya pada hari jumaat dan sbtu. So lebihnya aku bole berdengkur tidor. hehehe. aku cadangkan korunk survey dlu U yang ada di negara malaysia neh. macam aku, aku memang kena trevel lebih kurang 8 jam pergi balik setiap minggu dan aku enjoyyyyyysss. kalau korunk tak suka trevel cari laa U yang dokat2 sahaja. yang ada tepi2 rumah mu ja. hihihi

2) Pemilihan Mod
Pada mulanya aku amek mod B (KERJA KURSUS + KELAS) tapi aku rasa aku tak bole nak perform waktu VIVA nnati. aku dah laa spesis parkinson tak sudah. so, aku buat kesimpulan aku tak boleh untuk buat MOD B. aku tukaq mod C. mOD C hanya presentation thesis di depan pensyarah kita sahaj. so. ok. kikiki. tak perlu aku nak beperluh bagai sangat laa kan. tapi bnda yang terpaksa di harungi ialah. mod c neh kena berulang p kelas setiap minggu. so, kosnya agak mahal lorh. so bagi korunk yang banyak duit dan rasa nak taburkan di atas jalan raya mcm haku? so sila laa amek mod c. hikhikhi. tapi bagi yang perjalanan dekat sahaja dengan U. tak dok masalah. huhu ini untuk UPSI ja noh. u lain aku tak tau. tapi pembahagian dia cenggitu jugak laaa.

3)Pembahagian masa kerja vs belajar
senang jerk. time ko kena belaja. belaja la. time keja. keja laaa. jangan sesekali buat asgmnt time ko di  tempat kerja walaupun kerja ko di tempat kerja adalah termenung sahaja. hukhukhuk. aku buat tugasan neh memang ada masa dia. bila?? bila tarikh dah nak dekat hantar. kuikuikui. jangan tiru aku. aku dah senior. hikhikhik. kalau di tanya soal masa bersama anak dan suami?? hmm pandai2 laaa. aku hanya akan buat tugasan masa suami aku p kerja. so bila dia balik jerk rumah aku make sure aku hanya seorang isteri dan ibu pada anak dia. bukan pelajar atau guru. mudah jaaa. curi masa dengan bijak.

4) Pemilihan bidang
aku cadangkan ko amek laa bidang yang ko minat + ada basic. sebab kalau ko amek bidang yang ko minat sahaja tapi tak dak basic tak jadi weh sebab sekang ko dah nak amek ijazah kedua. bukan ijzah pertama. aku nasihat neh berdasarkan pengalaman kengkawan aku lorh. yang akhirnya terpaksa tukar semula kepada bidang mengikut ijazah pertama dia. Sebab masters neh lanjutan. so kalau korunk amek bidang yang merepek kerepek. korunk akan masuk kelas dengan terpinga2 tak tahu mende yang korunk belajar dan sepanjang sem korunk akan menyumpah kengkawan korunk yang ada basic tu dengan ayat " hang tak palah 4.00 hang dah ada basic" so? yang ang p amek bidang ang tak dak basic tue apa ke bijaksana? tapi kalau korunk ketegori yang cekal hati dan sentiasa bertabah dan suka belajar benda baru. silakan..amek ..huhu


5)sambung belajar dengan siapa??
pada mulanya aku bertiga, jadi agak jimat belanja dan seronok dan beronok-ronok laaa. hola tiap2 minggu ala ala berjoli dengan kengkawan laaa. tapi bila start sem 2, dua lagi rakan aku terpaksa mengundur diri... aku? hoii gila tak tergugat. aku hampir jugak mengaku shahid weh. tapi alhamdulilah berkat nasihat rakan2. suami yang bagi sokongan. aku teruskan jugak! berteman. kadang hasben aku temankan. kadang kawan aku temankan. nasib laaa. ada yang nak bersusah payah dengan aku yang tergedik nak sambung belajar neh. hikhik Jadi kalau korunk jenis nak belajar, nak naik kereta nak makan, nak ke jamban berduet atau berjemaah. so aku cadangkan korunk ajak kengkawan reramai sambung belajar. lepas tue kalau ada yang berenti pun tak pa. korunk ada ramai lagi..ajak dua kampung. sekampung berenti ada lagi sekampung. hihikhikhikhik


antara sebab aku nak sambung belajar :

1) aku tak nak jadi kaunselor/guru bimbingan dan kauseling sekolah. kenapa? jangan tanya kenapa. aku mungkin tak layak atau tak sesuai kot. hikhikhik tetiba merenda diri yang dah memang rendah. aku sangat minat dalam bidang kaunseling tapi entah kenapa untuk aplikasikannya aku sangat sempot. hihihi
2) yang kedua neh aku saja nak tingkatkan pelajaran aku. yang dah ada ijzah neh berlambak. master tak banyak macam ijzah kikiki. so aku nak jadi orang yang sikit tue. hehee. so sebab tu aku hamek. huhu
3) aku memang ada berangan nak jadi DR falsafah. walaupun aku hanya pandai berfalsampah. tapi aku yakin kalau aku nak aku bole buat punya. sedap jugak kan nama ada DR. Nursuriani Othman hehehe. sebab selain daripada cita2 asyik nak anak brapa org ja. kita pun kna ada matlamat lain jugak kan, tapi part neh aku blom tntu lagi nak tunaikan ke tak. tak pasti lagi mampu ke idok weh. huhu mungkin mimpi je kot nama anak DR. rasa berat jekk nak sambung PHD tue walaupun teringin. hikhikhik

 

ok. itu sahaja. dari aku yang sedang berpantang dan cuti semester.

doakan aku selesaikan master aku dengan cemerlang. huhuhu

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com