Monday, August 24, 2015

coretan buat zahra nur sofea...



Assalamualaikum!!!
Hari neh aku nak share someone yang teramat sangat dasyat spesial nya di hati, jiwa, jantung, limpa dan pankreas serta tulang aku! zahra nur sofea zaharuddin...

sofea...sebelum lahir sebenarnya ibu dah ada nama untuk sofea, jenuh ibu tanya ustazah sana sini tau. nak betulkan ejaan laa itu laa ini laa. huhuhu. hanya semata2 mata nak nama yang baik untuk anak ibu neh. akhirnya..ayah pun setuju..kami pun start panggil awak dengan panggilan sofea! tapiii ramai yang suka panggil zahra lagi.. its ok. mana2 pun bole kan syg?? janji ada makna nyaa...

masa neh awk baru 4 hari...awak dalam ward lagi syg...maaf..ibu tak mampu. tak cukup tenaga untuk keluarkan syg secepat mungkin...sampai awk hampir lemas dan terpaksa duk di ICU pulak...maafkan ibu syg..tapi masa itu tuhan saja tahu..ibu sanggup untuk buat apa sahaja janji awak selamat dan ibu dapat peluk awak sampai sekarang...alhamdulillah...semuanya baik2 sahaja

masa neh awak siap2 sebab nak tunggu ayah balik. masa neh ayah duduk jauh dengan kita syg..jauh sangat. tapi ayah selalu balik tgok anak ayah yang sorang neh...pssshhh! meh sini ibu bisik kat tepi telinga awk..
"syg tahu?? your ayah love u soooooo much. nothing can describe it. :) walau dia tak berapa nak tnjuk. 

omg. masa neh ibu gelak terbahak bila awk  buat muka macam neh. sukanya ibu...anak ibu neh memang membahagiakan ibu laaa. kah.kah.kah. walau awk pun tak faham kenapa ibu gelak terbahak2 hihihi

masa neh kita keluar dengan mak tok. kita beli almari ibu. awk budak baik sangat. tak banyak peel dan meragam. senang di bawak jenjalan sana sini. hahaha. ibu suka gmbar awk yang neh. seksi tak bertempat. kiki. pakai baju macam nak mandi tepi pantai tapi duduk dalam aircond. hihihi. syg...sangat kat awak..

membesarkan kamu satu pengalaman indah buat ibu dan ayah. maaf ...ibu pernah katakan pada ayah. awk segalanya dalam hidup ibu. syg ibu pada awak memang lbih dri sgalnya..hingga ibu tidak tahu apakah ibu mmpu nak syg anak2 ibu yang lain sama mcm awk?? heee...mstilah kena sama kan?? yang lain pun keluar dri perut ibu jugak kan?? ehhehe.

bu sebenarnya tak pernah nak meletakkan syarat untuk kamu jadi siapa besar nanti. untuk jadi apa. tpulang laaa..selagi tidak melanggar syariat agama...selagi ia berguna buat kamu dan orang lain...teruskan laa syg..ibu tak pernah memaksa...ibu hanya sentiasa doakan kamu sihat, menjadi anak yang taat kepada ALLAH, ibu dan ayah...setrusnya kamu bina laa cita2 kamu sendiri...ibu akan sokong dari belakang..

awak dah semakin besar syg...masa ibu tulis entry neh kamu tengah tido..masa neh umur kamu 1 tahun 4 bulan..kamu dah sangat bijak. dah boleh buat itu dan ini. dah sangat2 bijak pada ibu.terima kasih jadi anak yang bijak, yang comel, yang membahagiakan hati ibu neh..terima kasih sayang...

ibu..sayang dan cintakan sofea hingga ke syurga...
kalau suatu hari nanti sofea dah besar dan baca entry neh..percayalah..ibu bukan menulis sekdar menulis..
ibu luahkannya dari hati ibu yang dalam.. bertapa syg dan cintanya ibu kepada awk..tidak ternilai..

ya Allah..terima kasih kurniakan aku anugerah yang tidak ternilai ini...

No comments:

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com