Saturday, May 17, 2014

16.05.05 vs 16.05.14


Assalamualaikum

16.05.05 adalah salah satu tarikh penting dalam hidup aku. Inilah tarikh perkenalan antara aku dengan hasben aku yang masa tue aku pun tak sangka dialah yang akan jadi suami aku. hish...neh laa namanya jodoh itu rahsia Allah...kalau korunk nak tahu mas kawen aku berdasarkan tarikh perkenalan kami neh laa. hihihi

Aku kenal dengan dia kat internet. masa tuh kami gunakan mirc. korunk yang veteren2 mcm aku ingat tak mirc neh?? boleh chat dalam kampung laa mamak laa..umur aku masa tuh 17 tahun. huh! al maklum laaa jiwa remaja. dah ada perasaan nak berpakwe2 neh. memang gila. kenal baru 2,3 hari terus declare couple terunggul. padahal jumpa pun tak pernah lagi. even tengok muka dia pun tak pernah! masa tu aku tak fikir pun muka dia neh tah2 senget ke. tak siap kat mana2 ke. uhuhu sumpah aku tak fikir semua tuh. yang aku fikir ada teman nak mesej2. huhu. sungguh zaman jahililah masa tuh. apatah lagi masa tuh aku baru putus cinta. hish. fikirkan balik. gedik sangat masa dolo2 tingkatan 1 dah ada pakwe.

bercouple dengan hasben aku neh tak lama. lepas jerk SPM. mksdnya dalam tahun tuh jugak dia mintak putus dengan aku. cis! terasa tercabar jerk. tak pernah kot sebelum neh lelaki mintak putus dengan aku. sedeh? kecewa? masa tuh memang tak laaa. couple pun bukan atas dasar fall in love ke hape kan. atas dasar suka2 jerk nak ada teman sms. lama aku lost contact dengan dia. hampir 2 tahun!

masa umur aku 19 tahun. aku keja kedai dobi sementara tunggu result STPM. Tiba2 jerk masa tu aku yang gatai nak contact dia balik. tapi memang aku tak ada niat nak jalinkan hubungan balik ke hape. tak ada! cuma saja2 nak contact balik. sunyi laaa kunun, huhu asyik duk main mata dengan mamat sebelah kedai dobi jerk. eh? hahahha

then bermula laaa pulak sesi berkawan dengan bekas pakwe yang aku tak pernah jumpa dan yang jauh di mata. kat KL nun...kwn punya kwn tak berapa lama dia ajak aku couple balik. masa tuh, serius aku memang betul2 tak berminat. tak berniat. dan tak ada hati nak balik masa tuh. aku tolak cara baik. but dia tetap bagi aku msa untuk fikirkan semula. tp, jwpnya biarlah kita berkawan sahaja dan masa menentukan segalanya...

ewah?? aku memang drama daripada dulu weh. sebenarnya masa tuh kan aku dah ada someone yang more loving caring and aku dah kenal dengan dia laa. dah bersua muka gitu. sebab tue laa aku tak nak kat hasben aku balik! hahaha nampak tak kesetian aku?? elehhhhhh hahhah!! 

aku sambung belaja kat U. masa sem 3, aku terus di sunting org. yap. org yang aku kenal. yang aku suka. yang aku cerita kat atas tuh. tapi sebenarnya, masa tuh aku belum sedia nak bertunang dengan dia. kalau korunk nak tahu aku sampai nagis2 kot tak nak tunang. tapi, aku bertunang jugak sbb mak ayah aku laa. pelik kan?? mcm kena paksa laakk! hahaha

masa aku bertunang dengan tunang aku neh, aku still berkawan dengan hasben aku. dia tak tahu yang aku dah bertunang. tak pernah aku cerita. yer laa.nak buat apa?? lagipun aku dengan hasben aku neh pun jrang2 berhub. perluke nak cerita dekat someone yang aku tak pernah jumpa pun??

bulan 7, 2011 aku putus tunang. sebab?? tak payah laa aku huraikan panjang lebar. aku yang mintak putus, ada masalah keluarga sikit. aku tak salahkan dia. mungkin salah datang dari pihak aku jugak. tapi yang pasti bukan kerana orang ketiga. sebelah dia atau sebelah aku. kekecewaan aku tu melibatkan banyak pihak pulak. aku dengan rasa kununnya bersalah, bagitahu dekat hasben aku neh yang selama kami berkawan aku sebenarnya adalah tunang org. and aku mintak dia jangan hubungi aku lagi, sebab aku tak nak berkawan dengan mana2 laki pun sekang neh. pelik kan?? aku pun tak tahu kenapa aku buat mcm tuh,.

bermula laaa episod aku tanpa lelaki di sisi baik kawan ataupun pakwe. kawan2 kat kelas tuh lain laaa. neh maksud aku kawan2 yang lain macam sikit. hahahha. habeh aku belaja kat U. aku sambung belaja kat subang. untuk dua bulan. kursus bahasa inggeris yang ditawarkan U aku. 

hari pertama aku di subang. aku jumpa hasben aku! atas alasan mintak pinjam extension!itu bukan kali pertama aku jumpa dia. dah berkali2 masa kat U dulu.tp sekejap2 jerk. serius aku memang menyampah dengan dia. menyampah sangat. bagi aku dia bukan taste aku. sebab kami teramat jauh berbeza. pandangan, pmikiran, dan lain2 laa.

1 hari dia ajak aku keluar. aku pun iktla. tak di sangka2 rupa2 nya dia bawak balik aku p rumah dia. jumpak mak dia! hish. serius aku terkejut. masa tuh. owhh plzz laaa sapa nak kawen dengan ang neh?? aku neh keluar pun atas dasar kawan jerk. tapi yer laaa salah aku jugak..sapa suruh bagi harapan?? bila dia ajak kuar dan bagi jawapan yes tu maknanya memberi harapan la kan?? hurmmm...

hurm bermula dengan perkataan terpaksa, separuh rela dan akhirnyaaa...aku dengan dia bercadang nak bertunang pada 1.6.2013 dan nikah pada 17.8.13. tapi, kami hanya merancang tuhan yang menentukan. aku ternikah dengan dia pada hari kami bertunang tu. ewahhh ternikah?? hihihi. seminggu sebelum tarikh keramat tuh kami buat keputusan untuk nikah sebab takut aku di hantar jauh ke sabah atau sarawak. huhu. tragis kan??

setelah berbagai2 laluan. kona ke kiri dan ke kanan. rupanya2 dialah jodoh aku. lelaki yang aku kenal melalui internet. yang aku tak fikir pun akan kawen dengan dia. dan alhamdulilahh..sekarang aku cinta dan sayangkan dia sepenuh jiwa aku. apa lagi, baru2 neh kami dianugerahkan amanah Allah yang cukup bernilai pada aku dan dia zahra nur sofea! (17 day) born 30/4/14

menjawab soalan adik aku yang paling comey neh!
aku dah PJJ dengan hasben aku sejak kami nikah lagi 1.6.14 sampai laa sekarang. dia di KL rumah mak dia. dan aku di Perak rumah mak aku. insya ALLAH dia dalam proses untuk menukarkan diri dia ke sini.sekang dia bertugas di HKL dan harap sgt dapat tukar hospital dekat2 sini. doakan kami!! :)

Wednesday, May 14, 2014

pengalaman gunakan breast pump snow bear


Assalamualaikum!!

so, untuk entry kali neh, aku nak berkongsi kepada kawan2 yang sedang mencari breast pump! huhu. sebenarnya, aku pun sebelum bersalin survey2 jugak laaa breast pump neh. pada mulanya, aku tak mau beli, sebab duk dengar org cakap nak buat apa laaa. kank beli tak guna laaa. hape laaa. huhuhu. pada aku, breast pump neh wajib beli! huhuhu. aku tujukan khas untuk orang2 yang spesis macam aku neh. hikhikhik. sebab??
1) aku bekerja. so, aku kena ajar anak aku minum pakai botol. perah susu and masukkan ke dalam botol bagi dia minum. mmg laaa leceh. bagi direct lagi senang, tp kank bila dah masuk kerja if dia tak nak minum pakai botol. naya aku di buatnya. hikhik
2) puting aku luka. al maklumlaaa sofea dia hisap dan macam gigit buat apple. hukhukhuk. so, aku pump jerk laaa. kalau bgi direct, aku rasa benda tu bukan makin baik nanti bertambah teruk pulak kan. lagipun sakit sangat kot.. kalau bagi direct. jadi! inilah kelebihannya pump mengepump! hukhk

breast pump snow bear

paling banyak yang pernah aku dapat 120ml itu pun dalam masa 1 jam lebih. huhuhu. aku tak tau mana silap dia. mungkin breast aku bengkak. so, penghasilan dia agak lambat. tp, lepas aku tuam dengan air panas penghasilan dia agak cepat dalam masa 30 minit aku boleh dapat 120ml dah. huhuhu.

bunyi?? serius. memang berbunyi. walaupun tak kuat sangat, tapi orang yang duduk di sekeliling kita memang akan dengar bunyi tu. kadang2 tu rasa mengganggu pulak terutama masa aku tengah nak tengok tv. hehehe

disebabkan dia punya fizikal macam botol gitu. agak payah bila nak pegang. kalau nak pump, kena duduk betul2 tak leh senget2 atau tak leh nak baring sebab aku dah pernah try baring last2 air susu pulak yang tumpah. huhuhu. dan dia punya muncung tu memang kena pegang betoi2. kiranya sebelah tangan kita memang akan digunakan sepenuhnya kalau nak pump. hukhukhuk

itu laaa sahaja review aku. so, korunk nilai laaa sendiri. hukhukhuk.
lepas neh kalau aku nak beli lain, aku nak beli yang bebas tangan punya. huhuhu. sambil pump sambil boleh buat benda lain sebab kita neh bukan nak mengadap pump tu jerk sampai berjam2 tak boleh nak buat apa kan. huhuhu. so, walau pun mahal, kalau kita puas hati dan boleh guna sampai bila2 tak ada masalah kan. hihihi. btw, terima kasih jugak kepada breast pump pertama aku neh snow bear! kerana berjasa kepada aku. huhuhu

Tuesday, May 13, 2014

pengalaman gunakan set berpantang shaklee


Assalamualaikum!

Hari neh aku nak share tentang set berpantang yang aku pakai waktu berpantang. untuk makluman orang yang tak tau, aku bersalin pada 30.4.2014 (rabu) 8.42 am. sebelum bersalin, aku sibuk google tentang set berpantang yang terbaik untuk aku! ewah..serius, aku memang seorang yang sangat nak kan kesempurnaan. tu laaa masalahnyaa. hukhukhuk. pilih punya pilih, tilik punya tilik setelah buat banyak pertimbangan aku pun buat keputusan nak amek set berpantang shaklee. antara sebabnya :

1) sbb boleh makan utk bersalin normal atau bedah
2)sbb produk shaklee just makanan tambahan, so anak kuning pun boleh telan
3) tak ada benda2 yang rigid, yang akan menyusahkan aku. just! semuanya telan. sebab aku neh jenis yang pemalas. keh3

so kalau korunk pun spesis yang macam aku, boleh try produk neh. ewah! hahaha. sebelum aku teruskan dengan mereview produk neh. nak aku ingatkan yang aku menulis entry neh bukan dengan paksaan sesapa, atau dapat bayaran apa2 k, aku pun bukan penjual shaklee neh. keh2. aku just pengguna yang aku rasa better aku berkongsi pengalaman aku pada semua! hikhikhik. macam duta sangat kan...

okay! aku start gunakan produk berpantang shaklee iaitu vita lea, vit pluc c, zinc dengan b complex beberapa jam lepas aku bersalin. telan macam biasa jer laa kan...aku memang tak dak masalah nak telan2 ubat neh. so, hari ke 5 aku masih kat spital kan. nurse datang cek luka aku yang kt bwh tue, dia cakap eh? dah kering? dah baik. hurm...pastu dia tengok atas meja aku ada set shaklee neh. nurse pun tanya "makan tue ke? masa berpantang?" aku pun jawab haah laa. then aku dengar nurse tu cakap kt kwn dia. sebab makan tue kot cepat kering and baik. hola! baru hari ke 5 kot... dah laaa aku neh berjahit banyak! hukhuk

hari2 yang aku lalui memang bertenaga. aku okay jerk. tak dalah lembik sampai tak leh nak buat hape! kalau uolss nak tau?? tapi jangan tiru erkk..aku siap leh shoping beli barang sofea masa hari ke 12 and p tengok rumah yang aku nak beli tuh masa hari ke 13. hahahhaha. haaa ini jangan laa ikut aku, korunk pantang laaa betoi2. aku neh lain cerita. terpaksa! huhu. so, aku just nak highlite kat sini betapa aku bertenaga masa pantang dengan shaklee. hukhukhuk. 

masa hari yang ke 12 tuh, aku dah tak rasa sakit langsung pulak kat bawah tuh, sampai kekadang aku terlupa yang aku luka berjahit. hukhuk. nak berjalan pun dah boleh berjalan macam biasa. cuma, nak buang air besar atau air kecik aku still tak berani nak duduk lagi laaa sebab macam trauma sikit. hahaha.

selain tu, apa yang aku nampak, kulit aku tetiba jerk jerawat mcm mls jerk nak munculkan diri. aku pun pelik. dalam hati mungkin jugak hormon lepas bersalin kot. tapi lepas aku selidik2, laaaaa rupa2nyaaa dua dripada empat botol yang aku telan tuh adalah set kecantikan!! hikhikhik. so? bukan sahaja masalah utama aku terawat masalah sampingan aku pun sama. happy!! siutttt sebab tuh aku sibuk nak review jugak produk neh. hahahah.

aku beli dengan harga rm215.00 sahaja!! hikhikhik
mana nak dapat?? korunk ada pesbuk tak?? mesti ada kengkawan kan.. korunk beli jerk kat situ
survey2 laaa harga ada yang bagi murah sikit. macam aku dapat beli rm215 kawan aku beli set yang sama dekat orang yang berbeza rm245 plak. so, pepandai laaa erk!! huhuhu

and utk makluman hari neh aku baru 14 hari berpantang. hikhikhik, dah sibuk nak review. yerlaa dah bagus. aku review laaa. hukhukhk

aku beli kat cik nafisah
tima kasih cik nafisah! hukhukhuk

pengalaman bersalin anak pertama


Assalamualaikum!
Hari neh aku nak ceritakan kpd semua pengalaman aku bersalin. aku pasti dan yakin ibu yang mengandungkan anak pertama seperti aku tentu tercari2 pengalaman orang lain untuk diambil iktibar. cisss asal ayat aku cam skema sangat neh?? hukhukhuk. tak pa laaa dah jadi ibu kan. so, kena laaa skema2 sikit. hahaha.
okay. meh sini aku cerita. malam 26.4.2014 selepas aku seronok berpoya2 dengan husband aku kat peneng, aku balik dengan penat yang teramat sangat. masa aku masuk bilik air tetiba aku Nampak ada lender warna putih bersih macam hingus kuar dengan banyaknya. glupp!! nak bersalin dah ker?? yer laaa masa tuh aku dah 38w 6d. aku pun dengan tenang bagitahu kat husband aku. dia kelam kabut suh aku p hospital tapi, aku relaq lagi...baru kuar lender putih! ewahhh...
27.4.2014, masa tu malam jugak tetiba, keluar lagi lender banyak. kali neh warna dia coklat2 pulak. hish. aku dengan tah paper. kalut p tjuk dekat husband aku. dia dengan blurr Tanya
" apa tue??" huh! nak jerk aku jawab. biskut mary! ayooo abg, Nampak tak itu lender campur darah??? huhuhu
tapi aku tak rasa sakit lagi pun. relaqq ar kan...28.4. 2014 petang dan malam tu pun sama. kuar lagi lender warna coklat2 cam tuh laaa. aku buat relaq lagii. pagi 29.4.2014. tepat pukul 5 pagi, aku p toilet dan tengok lender coklat2 tuh dah bertukar jadi warna darah merah yang fresh! huhuk. aku cuak! husband aku dah balik KL. aku kelam kabut kol kawan aku wan!.
so, kami p on the way ke hospital taiping pada pukul 6.30 pagi 29.4.2014 dengan mak ayah aku. husband aku plak dah on the way balik dari KL. sampai hospital lebih kurang pukul 8.00 pagi. aku sempat melantak dulu Nasik dengan ayam masak apa tah. yang pasti tak sedap langsung!. hahaha
then, sampai jerk kat dewan bersalin tuh. aku pun p daftar. aku masuk ward sebab dah ada tanda2 nak bersalin. serius. benda yang paling buat aku nebes masa kena buat spot cek dah berapa cm. hukhukuk. daripada tak sakit. terus rasa sakit! huwaaaa. bukaan baru 2cm! so, aku mmg akan terberanak tak lama lagii...rasa nak berjoget2 plak sebab dah lama aku tunggu saat2 neh.
aku di masukkan ke dalam ward dengan berjalan kaki sendiri. al maklumlah tak sakit lagi! hihi. makan tengahri di hospital macam makan tengahri kat tepi pantai. seronok! masa tuh hasben aku dah sampai, so dia pun temankan aku makan laaa. okay. tepat pukul 3.05 minit petang 29.4.2014, air ketuban aku pecah. gluppp!! aku semakin cuak. tak lama lepas tuh sakit semakin teruk. doc buat lagi spot cek kat aku. bukaan baru 3 cm! hukhukhuk ada lagi 7 cm kot...
start daripada air ketuban aku dah pecah. aku semakin sakit dan sakit dan terus sakit!! sampai aku dah tak hengat apa yang jadi. sakitnya tuhan saja yang tau...tak dapat aku nak ceritakan. ya Allah...nak menangis bila aku teringat balik. tepat pukul 12mlm 30.4.2014 baru laaa aku di masukkan ke dalam labour room dengan bukaan 4 cm. bayangkan??? daripada pukul 3 ptg aku tahan sakit sampat 12 malam baru bukak 4 cm??
di labour room. tak tahu aku nak cerita macam mana . sakit yang teramat sangat! doc dah dua kali cucuk ubat tahan sakit kat aku. pluss aku pun sedut oksigen utk pelali. tapi semua tu aku rasa macam tak brapa nak berkesan jerk.memang tak berkesan! ya Allah...
bukaan aku dah 10 cm. aku nampak ramai yang dah ada kat keliling aku. seorang doktor cina perempuan bersedia sambut baby aku. doktor2 lain, nurse, MA turut ada kat tepi aku bagi semangat ke menyemak ke aku tak peduli. yang aku fikir masa tuh nak deliver jerk. malu ke hape ke campak kat laut. aku teran! teran! dan teran! hukhukhuk berkali2 aku cuba berpuluh kali. tapi tak berjaya. aku kepenatan. doktor kat tepi bagi semangat, nurse pun sama. yang marah pun ada. huh! kalau aku tak sakit, nak jerk aku sepak muka dorang, aku mana pandai weh! neh first time neh. huhuhu

lepas dah hampir 1 jam 30 minit aku cuba, baby masih belum menampakkan wajah, aduhaii bayangkan?? aku memang dah tak bertenaga. 18 jam sudah aku menanggung sakit yang tak tertanggung. mana mungkin aku bertenaga lagi. apatah lagi tanpa makan dan minum! tetiba aku nampak sorang doktor lelaki india datang menghampiri aku. dia cakap, "puan kita terpaksa gunakan vaccum, kepala baby dah nampak tapi puan tetap kena teran jugak. kami cuma membantu dengan vaccum" aku angguk. gunalah apa sekali pun janji baby aku selamat.prapp! dia gunting lagi... utk kali kedua dengan gunting tumpul. huhuhu. aku dengar sendiri doktor tu ckp, gunting tu tumpul. cisss!! huhuu

sorang doktor cina perempuan dan sorang doktor lelaki india seluk kat bawah tuh. huhu. bayangkan weh?? tapi sakit kontraksion aku lagi hebat dari sakit kena seluk. lantak la! lepas tuh bermula laaa sesi kedua teran dan vaccum. percubaan pertama, gagal! percubaan kedua gagal!! dan akhirnya percubaan ketiga...

alhamdulillahhh...baby aku berjaya keluar! syukur ya ALLAH...
TAPI....



tanpa sempat tengok muka dia. malah, aku pun tak tau jantina anak aku hape. dia terus dikejarkan ke icu. aku melopong tunggu anak aku sambil tengah kena jahit. tiba2 doktor datang kat aku explain yang anak aku kena terus hantar ke icu sebab dia hampir lemas, masa dia keluar tuh jantung dia berdegup kencang dan dia dah tertelan ayaq ketuban! so kena kuarkan air ketuban takut kena jangkitan kuman. baby pun kena pakai bantuan penafasan. hukhukhuk. sedihnya!!

alhamdulillah...setelah 3hari 2mlm ZAHRA NUR SOFEA BINTI ZAHARUDDIN duk kat icu dan 3hri 2 malam jugak di ward kanak-kanak. dia dah boleh keluar dan keadaan dia agak stabil cuma kena follow up dengan hospital beberapa bulan sekali. tak pa laaa janji semuanya selamat.

ini pengalaman aku melahirkan puteri sulung aku, kalau ditanya nak beranak lagi ke? jawapan aku sekarang tentulah "tak nak!" huhu. tapi tu jawapan sekarang nanti tak tau laaa. huhuhu. jangan pulak sesapa yang baca neh takut lak. nasib orang lain2. ada jugak yang sakit 1 jam dah bersalin. so, rezeki masing2. mungkin ini semua ada hikmah buat aku untuk lebih menghargai mak kandung aku. :)

entry lepas neh :
1) aku nak review pasal guna produk berpantang shaklee
2) review guna breast pump snow bear
3) cerita perasaan aku di dalam pantang
4) pengalaman bersalin di hospital taiping
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com