Monday, February 18, 2013

anak tunggal~


 

Aku anak tunggal. dalam umah neh memang aku yang bolot semua benda sorang diri. makanan? minuman? kasih sayang? harta? eh? hahaha. semuanya ditujukan kepada aku sorang. kalau ikutkan jadi anak tunggal neh memang kaya. terutama kaya dengan lemak. boleh rujuk gambar aku kalau nak tengok bukti --->
hahahahha

tapi, kadang2 jadi aku neh sedeh. sunyi. mak abah kerja. aku tergolek sorang2 kat rumah. tengok kucing lalu. aku kejar. tengok pokok. aku tanya sama pokok. eh? huhuhu. pernah jugak aku melilau2 di keliling rumah macam orang tak betul. aku tak tau nak buat apa. nak tengok TV asyik cerita kawen tak suka lepas tu jatuh cinta. tengok FB asyik dengan status putus cinta " kau melukai hati ku lagi. bencik. bencik. bencik!"

Menjadi anak tunggal neh, aku dilatih untuk berdikari. silap pada sesiapa yang fikir anak tunggal neh anak yang tak tahu nak buat hape2. sedangkan, seperti semua makanan aku yang bolot. mcm tuh jugak laaaa kerja rumah pun aku jugak yang bolot semua! huh. kira kalau korunk nak kata anak tunggal tu tamak pun boleh laaaa. keh2. 

sejak kecik. aku tak pernah share apa dengan sesiapa. korunk tahu tak apa kesannya?? kesannya...bila aku masuk universiti orang pakai baldi aku yang warna pink tu pun aku rasa cam nak marah. nak cekik2 jerk orang tuh dan sound. asal kau pakai baldi aku hah??? huwaaaaaaaaaaa. tapi bila dah lama kat U dan belajaq pulak kaunseling. adeh. aku semakin memahami manusia dan diri sendiri. perkara simple2 yang aku rasa mampu untuk share aku share ler.  tapi, kalau sampai pakai baldi aku rendam baju kau sampai 5 hari, tu memang bukan anak tunggal pun hangen! kan? hahahah.

eh, dah jauh dah aku melalut neh. apa yang cuba aku nak sampai adalah aku setuju dengan Adler bila dia kata kedudukan kita dalam keluarga mempengaruhi personaliti diri. cuma yang positif itu kita teruskan dan yang negatif itu kita cuba buangkan. :)

eh, korunk anak nombor berapa pulak??
ha?
enamblas??

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com