Friday, February 8, 2013

hadiah kereta untuk aku~


Ada satu cerita nak aku kongsikan dengan korunk. Dulu aku pernah praktikum di sebuah sekolah menengah di Taiping. Setiap pagi kami akan adakan perhimpunan untuk setiap tingkatan di kawasan yang berlainan. aku dimintak untuk menjaga budak2 tingkatan 4. beberapa hari selepas aku masuk sekolah tuh aku berkenalan dengan sorang budak lelaki  pendidikan khas. umur dia masa tuh dah 18 tahun tapi disebabkan dia mempunyai sedikit masalah pembelajaran beliau masih ditempatkan di tingkatan empat.

sejak berkenalan di terlalu ramah dengan aku. hari2 kalau dia jumpa aku dia akan cakap ayat macam neh 
" Assalamualaikum cikgu sue. apa khabar? dan sihat?"

ayat tulaaa yang dia ulang setiap hari bila jumpa aku. aku tahu dia hafal. dia tak macam orang lain. bila perhimpunan jerk dia mesti datang dekat aku dan tanya tentang kereta. hari2 dia tanya dan cerita pasal kereta saja dekat aku. dia cakap, nanti bila dia dah besar dan kerja dia nak belikan kereta untuk ayah dia. sweet kan? anak istimewa itupun boleh terfikir untuk bahagiakan ayah dia. aku kata, kalau dia nak beli kereta dia kena belajar rajin2, supaya dapat kerja bagus. dia angguk. dia kata dia akan belajar rajin2.

sungguh dia memang rajin. banyak ayat2 Al-Quran dia hafal. kadang2 aku sendiri terpegun bila dia baca semula ayat2 Al-Quran yang dia hafal. terharu! 

1 hari dia datang pada aku. dia tanya pada aku. bila aku akan pindah? hurm..mungkin dia tak faham yang aku hanya guru praktikum di situ dan sampai masanya aku akan pergi kerana tamat latihan mengajar bukan pindah. aku cakapkan tarikhnya pada dia. dia diam tak kata apa2. dia terus pergi tinggalkan aku. tiada lagi soalan tentang kereta. pelik.

sampai saat dan masanya aku perlu pergi tinggalkan sekolah dan segenap penghuninya. dia datang pada aku berlari sambil menjerit panggil nama aku. aku senyum. aku lihat kat tangan dia ada 1 bungkusan berbalut surat khabar. dia bagi pada aku bungkusan tuh. kemudian dia pergi. tak sempat aku nak cakap apa2. 

balik umah aku bukak. terkejut aku tengok isi dalam surat khbar yang renyuk tuh. dia bagi aku sebuah kereta mainan dan sekeping nota. "saya akan belaja rajin2 cikgu!"  

Kereta yang dia bagi kat aku lebih kurang macam nehlah, malas nak tangkap nak upload. huhuhu
aku diam. mata aku bergenang. dalam hati aku cuma dapat katakan yang aku sentiasa mendoakan kejayaan dia! dan hari ini, aku masih teringat2 dia menjerit memanggil aku setiap pagi dan bertnyakan khbar. aduh...dialah pelajarku yang istimewa!

-agak sibuk sekang neh. sibuk pasal apa pun aku tak tau. hahaha. jangan tanya! :P-
tapi aku tetap akan pergi BW!! Tungguuuuuuuuuuu~

Sunday, February 3, 2013

cinta itu apa?



 
Cinta?
apa itu cinta?
nama orang? makanan laut? atau nama jenis kereta?
ah. sungguh aku lupa apa itu cinta??

aku dengar cinta itu kadang gembira
kadang merana
kadang buatkan manusia lupa
betulkah??

kenapa ada yang derita kerana cinta?
ada yang mati kerana cinta?
ada yang gila kerana cinta??

dan kenapa aku lupa apa itu cinta??
bukankah dulu aku belajar tentang cinta...
aku belajar mencinta dan dicinta...
tapi sekarang kenapa susah untuk aku ingat
cinta itu apa??

6.30 ptg
bilik tido aku
2/2/13
sabtu

EH? apasal dengan sue pelik neh?? dah jadi sue bunga ? ke sue jiwang?
 



 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com