Friday, February 1, 2013

terkejut aku!



Ceritanya bermula macam neh........

Mutiara Cafe Seberang Jaya Pulau Pinang
31 januari 2013
5 ptg
 
masa tuh kami berada di sebuah kedai makan di seberang jaya, pulau pinang. dengan tiba2 kawan aku siah mengadu tertinggal beg duit dalam kereta. wan kawan aku yang sorang lagi pulak terus tawarkan diri untuk ikut si siah neh ke kereta amek beg duit dia. okay fine. dorang tinggalkan aku berdua dengan syafiq audi neh sambil menikmati keindahan pemandangan kat kedai makan tuh. 

Lepas beberapa minit, dorank datang balik dan duduk dengan kami semula. aku pula tiba2 rasa nak p toilet. aku ajak laaa kawan aku yang sorang neh p toilet. tapi baru aku nak gerak jerk. makanan pun sampai. adeh. tak jadi nak buang. yang penting kenyangkan perut aku yang memang dah lapaq. 

aku pun menikmati makanan dengan syahdu. selesai makan aku duduk sambil tengok si siah neh makan. apasal laaa lembab macam siput minah ni makan? sedap sangat ke sampai macam tuh sekali menghayati makanan?? aku dah bunyi kata jom balik. tiba2 pulak kawan aku yang wan pulak kata jangan balik lagi perut aku kenyang sangat neh. okay fine. aku tunggu

tiba2 lagi, datang sorang pelayan laki neh kat tempat kami. aku tak dengar apa dia kata. aku tanya syafiq. amenda mamat tu kata?? siah cakap, mamat tu suruh bayaq sekang. haa?? wat? makan tak abeh lagi dah suruh bayaq? darah aku dah naik sikit. aku memang cepat ngamuk kalau bab hak aku sebagai pelanggan di buat macam tuh. tapi lepas tuh syafiq kata, tak laaa dia cakap dah sudah makan ke??eh? ramah pulak? siap tanya dah sudah ke belum. pelik! tetiba wan sampuk, alaaaa tadi masa kami p toilet kami p bermesra dengan dia. aku pun. ooooo mcm tuh. fine. aku buat mcm biasa.

tiba2 mamat neh datang lagi, kali neh dia bawak Kek siap dengan aiskrim kat meja aku. aku syak mamat neh salah meja. baru aku nak bukak mulut nak cakap "kami tak order benda neh"

kawan aku siah jeritttttt















hepy bufday sue!!!!!

then masa tuh jugak ada lagu 'selamat hari lahir' berkumndang kat udara. aku ternganga. tak percaya. untuk aku ke neh?? ???berkali2 aku tanya. then dorang semua ucapkan hepy bday! siap dengan alunanan musik lagi satu tempat makan tu dengar kot. huhuhu tetiba jerk aku feeling2 terharu!

huhuhuhu. tak tau nak cakap apa! tak pernah ada org buat suprise kat aku mcm neh, dirancang dengan sangat baik pulak tuh. sampai aku langsung tak perasan lakonan dorang yang nak p amek beg duit tu rupa2nya nak amek kek dalam kereta bagi kat pelayan kedai tuh. patutlaaa si siah makan mcam pengantin sebab nak tunggu kek datang! hahahah. dan ptutlaaaa si pelayan tuh datang dan tnya dah sudah makan ke?? sebab janji lepas makan baru anta kek! aduhhhh. kenapa aku tak perasan semuaa tuh???? huh! korunkkk kannn?????memang ohsem!!!!! love u soooooooooooo muchhhh!!!

service kat kedai tu pun alrite! semuanya teratur! dari dia datang, then bagi isyarat muzik ON, tutup kipas dan pasangkan lilin! perghhh superb!!! and u! syafiq, wan & siah aku sayang hampa!!! terima kasihhh!

jom tengok gambar tempat mkn tuh!

 


 


kami makan bersila kat sini. huhuhu tempat dia sangat privacy dan istimewa. penuh dengan suasana kampung! jom korunkkk jalan2 cari makan kat sini :)


Pengalaman aku dalam program GCAP


Assalamualaikum!!

HAri neh aku nak berkongsi dengan korunk pengalaman dalam program GCAP atau graduate Career Accelerated Programme.Aku dah janji dengan cik miza nak kongsi sal benda neh. huhuhu. maaf laaa lambat sikit. hihihi. sibuk dengan urusan negara2 bersekutu. soalan cik miza berbunyi begini

 

 Sebelum tu, korunk yang mana2 tak tahu amenda yang sedang aku bebelkan neh. boleh tekan sini. Okeh, aku memang dah pergi program neh masa bulan 12 hari tu, sesapa yang selalu datang sini mesti ingat aku ada cakap aku nak p kursus di subang jaya?? kursus bahasa inggeris. ingat tak??? ahh. korunk makan semut banyak neh. huhu. 

Masa aku dulu kursus dia 6 minggu, di segi college subang jaya. aku memang stay kat sana. dorang bagi aku tempat tinggal segala cuma makan pandai2 laaa korunk kais pagi2. huhu. dah macam ayam plak nak kena kais2. dulu aku dapat elaun rm 800 cukup. kenapa aku dapat elaun penuh sedangkan aku duduk dalam kolej?? sebab aku specel! hahaha. tak tau laaa dorang bincang dengan segi dan segi putuskan untuk tak amek apa2 caj kepada kami. untung kan?? kalau tak kena tolak rm 200 untuk penginapan tau!

 

Best ke tak?? serius aku cakap best. huhuhu. tapi letih sikit laaaaa. hari2 korunk akan ada presentation! hari2 korunk kena cakap omputeh sampai korunk dah lupa bahasa melayu tu apa??? ahahaha. even, kalau korunk nak mengumpat dalam kelas pun korunk kena cakap omputeh jugak. ermmm..hihihi. 

Presentation ada yang by group ada yang individu. ada jugak lakonan! huhuhu. sonok2. erm tapi part yang bagi aku sangat berguna kepada graduan yang tak keja lagi neh adalah INTERVIEW. kita akan buat role play macam mana nak interview. mula2 korunk akan jadi org yang ditemuduga pastu korunk akan jadi org yang menemuduga pulak. sorang2 akan buat. :)

Korunk akan di ajar macam mana nak jadi presenter yang lebih baik. macam mana berkomunikasi dengan orang. bisnes proposal pun ada. etika dan lain2 laaa semua dalam bi. tajuk actly nampak cam boring kan?? tapi cara dorang handle tu tak boring langsung! aku dalam kelas asyik nak gelak terguling2 jerk. tak sempat nak ngantuk walaupun kelas daripada pukul 9 pg - 6ptg. 



Aku untung dapat lect dua2 best! sporting dan sangat memahami. percaya cakap aku, lepas korunk masuk situ korunk tak kan malu nak cakap omputeh dah walaupun grammar korunk tunggang langgang. serius kot, aku dengan geng2 aku sampai balik umah pun duk hentam skeping london. bajet baru balik dari UK padahal grammar mak datuk ke laut mediteren dah aku rasaaaa. huhu


Pasal kerja? apa yang aku dapat tahu nama kita dah ada dekat kampeni tu. so, resume pun ada dengan dorang jugak. kalau ada carier fair, dorang akan panggil kita untuk pergi temuduga tuh. jangan risau sangatlah. pihak majikan pun tahu korunk dah selesai GCAP. so, korunk just perlu tunjukkan kehebatan korunk jerk lagi. kelayakan tu memang dah ada dah. chewaaah! hihihi

aku?? aku lain sikit sebab aku bahagian pendidikan. aku join sebab nak tingkatkan bahasa inggeris aku dan tambah ilmu2 yang lain. serius aku cakap tak rugi. hahaha aku tak tau nak citer apa lagi. kalau korunk nak tahu just tanya kat komen jerk laaa oke?

kENAgan aku dalam kelas GCAP~
aku punya kursus di bawah kendalian MY PARTNER.

-sori entry berjela2 panjang pulak. hihihi-


Wednesday, January 30, 2013

hari ni...hari...


Assalamualaikum!

Aku nak bagitahu...yang hari neh hari jadi aku!
:P
aku Bday gurl yang paling hepy hari neh!!!
sebab???

bilaaaa aku bangunnnn jerk pagi2 tadi
aku nampak atas meja tulis aku ada hadiah!

daripada???

 

Terima kasih abah dan mak!
syg abah mak ketat2!!

ha! jangan tak percaya. umur aku memang dah 25 tahun. tapi still dapat hadiah dari mak abah kan??
neh laaa dinamakan sweet 25. :P

Semoga aku menjadi hamba yang taat! anak yang solehah! cekgu yang bijak! bakal isteri yang sempurna dan bakal ibu yang penyayang!

aminnnn

Tuesday, January 29, 2013

Pegang 7 Kali dah boleh mengandung??



Masa kecik2 dulu aku ada sorang kawan baik. sampai sekarang pun dia memang kawan baik dengan aku. aku memang suka laa lepak dekat rumah dia sampai tak ingat alamat rumah aku kat mana. kadang2 sampai abah aku datang cari aku sebab aku tak balik2. aku dengan dia sama2 anak tunggal. jadi, kami memang tak der kawan kat rumah sebab tu la kami memang rapat. 

Kami memang suka berangan. berangan itu, berangan ini. macam mana laaa bila umur kami dah 20 an nanti. huh! angan2 kami kalau tak sampai ke langit tujuh tak sah. jauh sungguh cita2 kami berdua walaupun masa dalam usia kanak2 rebina lagi. masa kami asyik bersembang tetiba terbukak topik yang satu neh.

"weh, macam mana mak kita boleh mengandung erk??"

soalan bengap susu tuh, kalau bukan aku sapa lagi yang tanya kan? aku memang dari kecik lagi ada perasaan nak tahu yang tinggi. pastu aku tgok kawan aku dengan konpiden level yang agak tinggi menjawab

" ayah aku pegang mak aku tujuh kali, pastu mak aku mengandung la, dapatlah aku"

ha?? sumpah aku tak pernah percaya apa yang kawan aku neh cakap. tapi jawapan dia tu sungguh mengelirukan aku yang masih kanak2 neh. walaupun aku suka tanya benda2 pelik tapi aku neh masih bijak tau. eceh! bagi aku jawapan yang dia bagi tuh tak logik langsung! so aku soal dia lagi

" habeh tuh? kalau lelaki pegang kita 7 kali pastu kita mengandung ke??"

wah..nampak tak? soalan bijak daripada aku. keh2. kawan aku yang over konpiden tu jawab

"taklah. itu untuk orang yang dah kawen jerk"

oh! hahahaha. ada jerk jawapan dia yang buatkan aku terkedu! masa kanak2 dulu walaupun aku tak berapa percaya, tapi aku buat2 percaya jerk. tak kan aku nak p tanya mak aku pulak? mau kena ceramah agama 12 episod tak sudah. huhuhu.

sekarang neh umur kawan aku dah 26 tahun, dia dah ada anak sorang. kalau dia balik kampung jerk. aku selalu perli dia " weh! senang laaa ang kan, laki ang pegang 7 kali jerk terus mengandung!" hahaha. kalau dia dengar aku cakap macam tuh mesti dia pun gelak guling2 lepas tuh lupa daratan yang dia tuh mak orang. huhuhu. bila aku ingat2 balik kan? macam mana laaa kawan aku boleh terfikir jawapan yang macam tuh? hahahaha

masa kecik2 korunk ada tak tanya benda yang sama kat mak korunk?
atau
anak2 korunk sekang ada tanya benda macam tuh??

-sesapa yang dah tepati syarat kat entry INI nanti ada dalam bloglist aku ya! tungguu. hehehe-
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com