Friday, January 25, 2013

nak masuk bloglist aku? mohon photostat IC...


Assalamualaikum!


 

Bloglist pulak? hari tu citer pasal blogwalking, lepas neh aku rasa aku citer pasal blok 404 pulak. eh? hahaha. suka aty aku la aku nak citer pasai apa pun. blog aku. hew.hew. hew. dah lama dah sebenarnya aku tak kemaskini aku punya bloglist tuh, sejak zaman awal remaja aku lagi aku rasa, so tadi aku pun try nak kemas kini aku punya bloglist. aku jenguk sapa yang selalu tak update?? aku jenguk sapa yang tak mesra dengan aku? eh? hahaha. dengan senang hati aku remove! tak der laaa! aku remove mana blog yang bila aku bukak dia tulis cenggini "blog not found". adeh! dah not found buat apa letak dalam bloglist lagi kan? remove ler dengan hati yang berkecai. :P ececece!

Bloglist aku makin sikit pulak. ayooo. dah ler keseronokkan aku BW sekang neh semakin menjadi2. blog sapa2 jugak entah aku terjah baca entry. ada yang aku jadi silent reader. ada yang aku komen suke2. ermmm..sapa yang letak aku dalam bloglist tapi aku tak letak korunk dalam bloglist aku sila angkat kening!eh? ziana zain???

Ada sesiapa tak yang tingin nak masuk bloglist aku? ada? tapi ada syarat!
Korunk kena : 

1) Lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu. kalau boleh tulis blog dalam bm tu kira lulus la. :P
2) waras @ tidak gila dengan sengaja. tak sengaja tak per. aku maafkan.
3) Lebih Pelik daripada aku
4) Tahan maki. eh? hurm..sanggup terima komen2 aku di entry masing2. biarpun komen aku tu hanya " hahahahah" gelak yang aku sendiri pun tak tahu kenapa?
5)ada blog. kalau tak der blog. korunk nak letak link apa? twitter?pesbuk? maaf. aku tak terima. :P

Sesapa yang ada ciri2 di atas. boleh tinggalkan link dan photostat IC cop penghulu jerk aku terima.. :P

sekian. kbai!
yang benar,
-sue pelik-

Lady Gaga & Fesyen Peliknya~



Assalamualaikum!

Aku tak der idea nak update sebenarnya. jadi aku sesaja laaa merayap2 kat google. masa aku merayap tuh aku terjumpalah sorang perempuan yang bernama lady gaga neh. korunk kenal ke??huhu. aku dengan dia neh tak der sangkut apa2 erk. jgn salah faham. adik beradik bukan mak sedara pun bukan. huhuhu. aku tengok, aku renung, aku tilik aku menjadi semakin pelik! apa ke pesen baju yang minah neh pakai?? cer korunk tengok sikit. huhuhu.


aku rasa neh pesen baju ala2 bikini bottom neh. berbuih2 jer pun. agaknya dia pakai baju neh masa majlis dalam laut kot dengan ikan jerung. huhuhu

HA! Cer tengok neh pulak. baju apakah ini?? penuh dengan pepatung. aku tengok kompius, neh lady gaga ke kedai jual anak patung.

Adeh...hazab betui aku nengoknya... huhuhu dah macam rumpai laut dah. huhuhu.


Fesyen kipasku kipas mu jua aku rasa neh.


Fesyen hantu kak limah terbakaq ke Fesyen menjala dengan kain sendiri?? hadehh


Fesyen tenggeling ke hape neh?? silap2 neh kalau dekat. duri2 dia boleh terpelanting kat muka. huhuhu


Fesyen daging. heee geli betoi aku tengok! apakah semua ini??

Fesyen apakah ini? dah macam fesyen mencekik diri sendiri jerk. payah nak bergerak neh, ada sesapa nak p kenduri pakai macam neh??

Amacam? ada yang sanggup pakai baju hazab lady gaga neh?

 

Thursday, January 24, 2013

Kekalkan pointer~


Assalamualaikum!

Entry kali neh aku buat untuk menjawab persoalan seorang blogger kepada aku. mula2 aku ingat nak p bisik2 jer dekat blog dia bagitahu jawpan tapi rasa macam tak best pulak main bisik2 neh. baik aku buat pengumuman jerk. eh? keh2 tak der laaa. soalan beliau berbunyi begini~


Aku sebenarnya segan nak jawab. malu. sebab aku neh bukannya pandai sangat2 pun. biasa2 jerk. sungguh! aku bukan nak merendah2kan diri aku yang sedia rendah neh. tapi betul. erm, tapi bila tengok balik kesungguhan ibu muda neh nak tahu dalam komen yang di reply


Aku rasa tak salah kalau aku nak berkongsi pun kan?? pas neh semua org boleh dapat free PTPTIPU eh? eleh cm berguna sangat jer tips yang aku nak bagi neh. huhuhu. 

Berbalik kepada soalan akma tadi, sebenarnya, masa sem 1 lagi dah start kena dapat result yang ok. make sure 3.6 above. kalau boleh mantain sampai sem last. sebenarnya aku sangkut jugak masa sem last. result aku jatuh mendadak sebab thesis yang aku buat. tapi, result sem 1-7 dan cover aku punya sem last, so cgpa aku tak jatuh banyak walaupun aku punya result untuk sem tuh jatuh. faham? kesimpulan dia, try dapatkan result yang paling oke setiap semester. hihihi

macam mana aku buat target?? contoh untuk semester neh ada 6 paper. aku akan buat satu jadual. dan letak siap2 target untuk setiap paper. maksudnya macam neh.

paper 1 : aKu letak target nak A sebab paper neh senang sikit = 4.00
paper 2 : aku letak target A- sebab payah sikit = 3.75
paper 3 : aku letak b+ sebab lect mmg kedekut markah = 3.5, eh betul ke?

hahaha. so aku total siap2 aku punya result berapa untuk semester tuh. jadi aku akan bekerja keras untuk dapatkan apa yang aku target. tapi jgn laaa korunk dah awal2 sem cakap 'aku paper neh mesti dapat 'Z' neh. memang tak reti langsung'. hahaha. tak per, letak kita punya target. bila kita ada matlamat yang nak di tuju, mesti kita akan usaha betoi2. 

simple. tu je pun yang aku buat untuk pointer. untuk yang lain2 tu lain pulak ceritanya. kalau aku nak cerita enamblas ketrunan pun tak habeh. huhuhu. lagipun yang lain aku sama jerk macam korunk.harap jawapan yang simple neh boleh bantu akma dan mungkin adik2 lain yang masih di universiti! tapi, lain org lain caranya. mungkin org lain mempunyai cara yang lagi best! boleh share kat komen yer :)

kbai! :) 

tambahan : sebenarnya setiap universiti mempunyai pointer kelas pertama yang berbeza. contoh kalau di Universiti A kelas pertama mungkin 3.75 above dan ada jugak Universiti yang 3.67 above dah kelas pertama. so, cek dengan U masing2 ya :)

p/s : respect kat akma, dah ada baby dlm usia muda & sedang sambung belajar. perghhhh!!!


Wednesday, January 23, 2013

Blog mana nak BW dulu??


Assalamualaikum!

Hari neh, aku nak cerita pasal Blogwalking atau dalam nama saintipik yang selalu blogger2 gunakan BW. Aku suka blogwalking. tapi apa2 pun tertakluk kepada terma dan syaratnya jugak. kadang2 aku pernah tak berblogwalking dalam tempoh yang lama. kenapa?? hurm simple jer jawapan. mood tak der. betul. kadang2 nak BW pun kena ada mood yang baik, diri yang sihat, Berukband yang baru lepas makan vitamin C. jiran yang tak cari pasal. eh?  huhuhu. kiranya kena buat persiapan fizikal dan mental laa untuk BW neh.

Setiap kali aku nak BW, aku akan pastikan aku dah mandi, ada air milo ke, holick ke, teh o ais ikat tepi ke. apa2 jerlah. tapi mesti ada gak jajan. masa BW aku tak kan buka lagu ke hape ke. bahkan dengan sound2 pun aku sound suruh off. hehe. semak! sebab bila aku BW aku akan bukak banyak tab. kank tetiba nanti ada laaa dengar cenggini~

-sayang! apa kabar dengan mu??~~ lalalala tetiba ada sambungannn. -hooo wooohhh~ ku tahu ku ada muuuu~ eh? macam2 pulak. huhuhu. kenapa jadi cm neh?? yolaaa. mcm2 blog. mcm2 lagu laaa keluar. jadi dari bertindih2 lagu tuh baik aku tak payah dengar pape. huhuhu.kan?? nak BW neh, aku ada aturan dia sikit. ewah! pertama sekali. aku akan jenguk blog2 yang jadi pengomen pelik kat blog aku. aku akan pergi terjah entry baru sini dulu. 

  • hainom OKje (49)
  • dEdEQ dE wIshEs (37)
  • Cik Nur (36)
  • kiera'sakura (29)
  • Kesuma Angsana (28)
  • Nurul Aini (27)
  • Mrs Velentine (26)
  • Mieya Atiera (26)
  • syafiq audy (24)

  • Kemudian, aku akan singgah pulak kat Blog2 yang ada dalam senarai bloglist aku. lepas tuh, aku carik pulak blogger yang datang bertandang dan tinggalkan komen kat entry dan seterusnya kat shoutbox! last sekali kalau aku dah bosan tahap gaban janda dah. tak tau nak BW kat mana aku akan cari blog2 terpilih kat dashbord aku la. mana tajuk best aku singgah.  tapi biasanyaaa aku nak habehkan BW neh, isk. lama! mau setengah hari lebih. korunk tau?? mana taknya! sekali komen minum! sekali komen lagi suap jajan dalam mulut. baca perenggan pertama pun dah lapaq weh. cm no??

    Ha. cam tu laaa cerita aku weh!
    apa cerita korunk lak sal BW??
    ada aturan cam aku gak ke? main hentam jer laaa labu air
    mana2 huhuhuhu

    Tuesday, January 22, 2013

    Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. aLhamdulillah!


    Assalamualaikum!
    Alhamdulilahhhh. akhirnya urusan pengecualian pembayaran PTPTN aku dah setel. lega weh! bila dia kata permohonan aku dah lulus! akaun aku di PTPTN dah 'o'! maknnya aku dah tak payah bayar hutang piutang aku yang banyak tuh! betapa aku berhempas pulas, terkejar ke sana, terkejar ke sini, berlari2 anak lagi untuk cop sijil, buat surat, p UPSI berkali2 nak mintak cop. huh! segala penat lelah tuh akhirnya membuahkan hasil jugak. eceh! holaaa...betapa aku pernah membebel sebab PTPTN saja jerk...nak susahkan hidup aku yang dah sedia susah neh. huhuhu. 
    Alhamdulilahhhh. terima kasih Allah dengan rezeki ini! terima kasih mak dan abah dengan kasih sayang yang diberi. eh? tetiba jerk. huhuhu.  okey sekarang, aku nak citer sikit macam mana nak buat pengecualian PTPTN neh. 
    Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

    (i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

    (ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

    (iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

    (iv) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

    (v) Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

    Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

    (i) Surat permohonan rasmi.

    (ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

    (iii) Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

    (iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

    (v) Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN).

    (vi) Bagi pelajar IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

    Nota:

    Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

    Monday, January 21, 2013

    Semak BRIM 2.O~ Yea!!! aku lulus


    Assalamualaikum!

     

    Ha? nampak kan?? gambar kat atas?? huhuhu. jumpak harta karun?? bukannnnn. jumpak harta pusaka?? pun bukannnn. keh2. huhuhu. BRIM 2.0 aku dah lulus. ewah! :P walaupun just rm250.00 banyak tuh boleh guna untuk poya2. huhuhu. pak cik yang angkat kol tuh kata. tunggu surat bulan 2 nanti dengan baucer. heeeeeeeeee :P. nak cek??

    p KOL kat number neh

    1-800-222-500
    -talian bebas tol-
     
    HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com