Saturday, January 12, 2013

Mirip ibu atau ayah??


Assalamualaikum!


Tadi aku curik sedikit masa aku untuk berblogwalking ke blog kawan2. Terbaca pulak satu entry menarik yang ditulis oleh orang yang menarik jugak. sapa?? ha! cik aini. huhuhu. baca punya baca. aku pun nak komen jugak laaa. tapi baru satu ayat aku nak tulis. aku rasa macam. eh? aku mana boleh komen. aku tak tahu. ermmmmmmm....

entry nya berkisar tentang MIRIP SIAPA?? ibu atau ayah?? sonok jerk aku baca komen2 dorang bercerita tentang diorang mirip siapa. perangai dan rupa sapa? tapi aku?? macam mana aku nak cerita?? aku tak tahu! ayah dah pergi 25 tahun yang lalu. sebulan sebelum aku dilahirkan. jadi?? mana mungkin aku tahu ayah macam mana?? lucukah ayah?? pendiam? peramah?? sumpah! aku tak tahuuuu...bukan kata perangai, muka ayah cm mana pun aku tak tahu...aku tak pernah tengok. tiada gambar yang mereka tinggalkan untuk tatapan aku. hurmmmm...malah, kat mana ayah disemadikan pun aku tak pasti...jadi mcm mana nak aku cerita, aku mirip siapa???

Ibu??
hurmmmm. Ya...kalau ada ayah. tentulah aku ada ibu. Ibu aku masih bernafas sehingga sekarang. Ya. aku tahu tentang tu. aku yakin dan pasti. tapi aku ditinggalkan ibu sejak aku berusia 1 hari... aku tak berdaya. tak tahu apa2. hurmmmm. tiada pelukan. tiada ciuman. bahkan aku dibesarkan dengan susu lembu. eh, tetiba pulak. dah laaa tengah feeling2 sedeh neh. huhuhu. jadi, macam mana aku nak tahu aku neh mirip siapa??

Ibu atau Ayah??
tiada jawapan...
tak paaa..
tiada dendam untuk mereka..
aku pasrah. masih ramai yang punya dugaan dan cubaan yang lebih payah.
sayang cinta dan rindu aku tak pernah berubah...
Eh, dah mcm sajak pulak. huhuhu.
Bersyukur...
Allah berikan mak dan abah baru kepada aku
sejak berumur 1 hari itu...

TERIMA KASIH MAK ABAH SEBAB BESARKAN YA!
&
TERIMA KASIH IBU AYAH KERANA LAHIRKAN YA!

sekian!


Review Pemenang GA End Year by FD


Assalamualaikum!

Hari neh aku nak review pemenang GA fatin diana
siapa pemenangnya??

Adik Nur syazana ! sebelum terlambat nak cakap Tahniah!

header cik adik neh! comey kan?? boleh klik untuk ke sana

kalau korunk nak tahu cik adik neh baru umur 12 tahun! tapi kejap jerk lagi 26 januari 2013 nanti umur dia akan masuk 13 tahun. maknanya baru tingkatan 1 oke?? budak2 sekang neh tingkatan 1 dah kenal apa itu blog. aku dulu?? masuk U pun teraba2 lagi, jenis sayur2an ke makanan laut blog tu??huhuhu. 

dak kecik yang comey neh suka minum carrot susu. hurm. oke laaa tuh. sihat tu. yeke? aku main hentam jer neh, hihihi. makanan pulak dia suka makan makanan yang mak dia masak. kalau kau masak? memang dia tak makan. huhu . owhhh rupa2nya dia neh lahir kat kelantan..dik, order budu sedozen boleh?? eh, tetiba. heeeeeeee. :P

Aku nampak blog dia banyak warna ungu. aku syak dia neh suka warna ungu neh. start blogging pun tahun 2012 baru lagi neh. huhu. banyak entry yang di post berkaitan dengan contest dan sebagainya. entry luahan perasaan dan perasan memang agak kurang. eh? akak gurau jerk. akak kottttt!!

tutorial pun ada kot! so, boleh pergi jengah ke sana ya :)

so?? apa tengok2 lagi?? jom try p terjah. tambah2 kenalan baru.



sekian! :)

Friday, January 11, 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak


Assalamualaikum!
Aku Join!!!

giveaway jiwarosak dot com 

Mak aku kata, kalau nak bertanding, bertanding betoi2 jangan main2. huh! jadi, untuk GA hebat neh. aku mempertaruhkan sajak yang aku reka sendiri! eh? over pulak. hikhikhikhik

taraaaaaaaaaaaaaa!!!

Tajuk sajak : Aku Seorang Blogger...

Bila aku kata...aku seorang BLOGGER..
Mak aku mesti kata...
Boleh dak ang berenti makan setahun burger tuh?
aku neh sampai dah tak tau beza anak aku dengan badak sumbu!
sbb apa mak aku kata cm tuh??
Sbb mak aku mesti ingat BLOGGER tu nama sejenis Burger yang aku suka melantak tak hengat dunia...

Bila aku kata...aku seorang BLOGGER...
Abah aku mesti kata...
Nama jantan omputih mana yang ang sebut neh?? aku tak kira! aku nak menantu org banjar jgk!
sbb apa abah aku kata cm tuh??
Sbb dia ingat aku duk sebut nama kekasih aku yang dari luar negara! dan berjanji untuk kawen lari kat sana

Bila aku kata...aku seorang BLOGGER...
Kawan aku yang Suri rumah tangga sepenuh masa mesti kata....(kwn btul)
Weh! gila?? mana ang belajaq masakan WESTEN neh!!?? mai ajaq aku sat!! balik neh boleh aku masak kan kat LAKI aku!!
sbb apa kwn aku yang suri rumah tu kata cm tuh??
Sbb kwn aku tuh hengat tu resipi terbaru dri aku. lupakah dia yang aku tak reti masak??

Bila aku kata ...aku seorang BLOGGER...
Kawan aku yang nak kawen neh mesti kata...(kwn btul)
Kuanggg ajaqqq angg!! tak gtw pun butik pengantin tu kat mana!!! kalau dak boleh aku p dengan LAKI aku (bakal suami) 
sbb apa kawan aku kata cm tuh??
sbb dia hengat dia nak kawen..jadi aku neh asyik sebut sal butik pengantin jer! mana2 pun nama butik pengantin. ingat aku sawan??

Bila aku kata...aku seorang BLOGGER...
Pakwe aku mesti kata...
blogger ker?? tak nampak macam blogger pun..cam HAMBURGER adalah!
hahahah
haish!
nak aku merajuk dua tahun nam bulan??

pelam cicah budu!


Assalamualaikum!

Sebenarnya neh cerita semalam! aku nak cerita kepada semua orang makanan kegemaran aku! entah kenapa semalam aku rasa aku teringin sangat nak makan pelam! a.k.a mangga. aku pun keluar rumah berjalan beberapa langkah dan petik pelam kat pokok. senang kan?? haa. memang pun! pelam kat umah aku tu tinggi aku jer. hihi. so korunk dah leh bayangkan betapa bantutnya pokok pelam umah aku. heeeee. walaupun dia bantut dia sedap! nyummmm. nyummm. tetiba aku teringat budu yang ada kat umah aku. apa lagi, aku tuang budu tu pastu bubuh cili macam gambaq kat bawah neh! perghhhhhhh!!! sambil makan tu meleleh2 ayaq liuq aku weh. huhuhu. aku tipu jerk. tu yang aku nak bagitau. hahahaha tapi sebelum tuh aku ada soalan kat korunk.

budu yang diambil kat google tapi lebih kurang macam neh laaa yang aku buat. cuma tak dak limau. ha! dah boleh bayangkan dah??

pelam neh aku amek kat google. pelam umah aku tak sempat nak snap. semua masuk dalam perut aku dengan begitu rakus dan gelojoh. :P
pelik ka makan budu dengan pelam???
korunk makan tak budu dengan pelam???
heeeee. aku tak makan budu dengan nasik! 

Thursday, January 10, 2013

kuntilanak jauh lebih sopan???


Assalamualaikum!!

 

Aku curik pic neh kat pesbuk. masa nampak jer pic neh aku terus gelak guling2 sambil tepuk2 lantai umah aku. eh, apa yang lawak sangat?? hahaha. entah. aku pun tak tau. patutnya aku seram neh aku gelak guling2 pulak. bukan hape. aku rasa ada betoinya jugak kata2 dalam pic neh. aku tak kutuk orang lain laaa. kutuk diri sendiri sekang neh. huhuhuhu. tetiba mak terasa nyah! hukhukhukhuk. 

Apa korunk rasa bila tengok pic neh?? rasa lawak? rasa seram?  or rasa bersalah?? ermm nak lawak ke seram erk.. huhuhu. atau??? korunk tak rasa paper sebenarnyaaa. heeeeeeee.

mode : insap dua minit! 

kbai!

Tuesday, January 8, 2013

Pengalaman Interview ~ ( Kaunselor Berdaftar )


 
Assalamualaikum!
 
28.12.12 hari tuh aku pergi Interview untuk dapatkan lesen sebagai kaunselor berdaftar. so, hari neh aku nak cerita pengalaman aku masa interview hari tuh. hehe dah lambat??? aah. aku mang spesis siput sedut sikit bab2 cerita2 neh. hikhikhik.
 
Tempat : hotel seri malaysia kuala terengganu
 
taklimat masa malam sebelum interview
 
pagi tuh aku bangun memang agak lewat. al maklumlaaa tido kat hotel. gila punya nyenyak kot. hukhukhuk. rasa macam nak interview sambil berbaring jerk kat tilam hotel. huhu. aku jaga pun sebab kawan aku yang aku panggil nenek kebayan tuh dah menjerit. adeh! memang potong stim betoi. aku baru nak feeling2 datin. ermmm. aku bangun terhoyong hayang p ke arah pintu. then masa aku nak bukak pintu jerk nenek kebayan yang merangkap kawan baik aku tuh tetiba histeria.
 
sueeeeeeeeee!!!! pintu bilik air belah sini. huwaaaaaaaaaaaaaa sib bek lerrr!! aku tak bukak pintu bilik. kalau tak ramai yang mungkin pengsan tengok fesyen pakaian aku masa tuh. dah macam hape lagi. huhuhu. pas mandi aku pakai baju. siap2! terus ke dewan dengan yakin usaha tangga kejayaan. hurmmm..tak lama aku duduk aku kena panggil interview. haah. aku dapat number 9. bukan dorang yang letak. aku yang mintak number 9. gila punya konpiden kan?? hurm..
 
Aku duduk. gila punya sopan. kalau mak aku nampak neh. mesti dia kata 'anak aku ke neh??' huhuhu. sambil tersengeh2. konon2 nak buat muka manis ler kat penemuduga tuh. then, dia pun mula merepek2 start dengan sebut nama aku!
 
P : Nursuriani bt othman. umur 24 tahun baru?? muda sangat neh.boleh ke nak amek lesen neh??
A : Boleh tuan, sebab syarat nak amek lesen neh umur kena 21 tahun ke atas.
 
heeeee. jawapan aku memang mintak bala. bala. bala. sponton kot?? hukhukhuk.
 
P : Ya...sy tahu..tapi awak tak der pengalaman. macam mana awak nak buat kaunseling?? awak jangan menipu diri sendiri. banyak kes yang mungkin awak tak boleh handle neh"
 
glup! aku tertelan air liur. mang aku tak der pengalaman kot! setakat pengalaman dengan bebudak sekolah tu adalah. aku tengok muka dia dah macam hape jerk. gila punya psiko pak cik neh. tak senyum langsung. tetiba dia cakap lagi.
 
P : Saya bagi awak kes sekarang, saya nak awak selesaikan. seorang lelaki umur 50 tahun nak bercerai dengan isteri dia dan nak kawen dengan seorang perempuan muda. dia memang dah tak boleh tengok muka bini dia. apa awak nak buat untuk selesaikan kes neh??
 
Memang gila pakcik neh. takkan dia tak tahu setting aku kat sekolah?? mana datangnya pulak orang tua umur 50 tahun neh?? haaaa. jangan2 dia! memang tak syak lagi. neh mesti masalah dia! suruh aku selesaikan pulak. haish. bencana betoi laaa! huhuhu.
 
A : sebagai pemegang teori REBT, sya akan cuba selesaikan kes ikut teori ni. kalau ikutkan kes ni saya rasa saya perlu ubah pemikiran lelaki umur 50 tahun ni. saya nampak, lelaki nih fikir dia mungkin akan lebih bahagia, akan lebih seronok bila bersama dengan isteri yang lebih muda."
 
tetiba dia potong cakap aku.
 
P : tak der2 lelaki neh dah tak boleh nak ubah dah pemikiran dia. dia pk memang macam tuh laa itu
yang terbaik.
 
huh! gila punya psiko. aku cakap macam neh. dia putar belitkan macam neh. semua cadangan aku tak boleh diterima pakai. huhu. dia memang nak buatkan aku down! aku tau..but aku tetap tersenyum dan try untuk kawal marah aku. huhuhu. lepas tuh dia tanya kat aku sikit2 pasal teori yang aku pegang. then sumbangan aku kepada Tanjung piandang. huhu. apa yang aku sumbangkan?? huhuh. apa lagi merepek ler aku! aku cakap, aku banyak pergi buat program kat sekolah lama aku. sumbangkan tenaga dan bakti kepada anak didik di sana. dia pun terus angguk2 kepala kata ha. bagus2. huh!
 
lepas tuh dia suruh aku keluar. masa nak keluar tuh, dia sempat mintak aku suruh yang lain tunggu sekejap untuk taklimat sikit. dan dia sempat cakap "sy akan cadangkan awak diberi lesen" ! hooorayyyyyyy!! tapiiiiii~
kedebuk!!! aku terlanggar dinding kat pintu. huh! malu ya amat!! aku cepat2 kuar dengan muka cam kambing tak mandi!eh? hukhukhuk
 
Nasihat : kpd yg nak amek lesen kaunselor berdaftar : bacalah teori sikit2 terutama teori yang korunk pegang. jgn baca jerk. faham sekali. huhu. yakin! kalau kena psiko mcm mana pun please jangan tetiba nak marah atau nak bergaduh dengan penemuduga. hukhukhuk. nak tahu apa2 leh ke kaunter pertanyaan  (komen) di bawah ya! :P
 
muka nebes tunggu giliran! hehehe
sekian!!

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com