Wednesday, December 18, 2013

detik-detik cemas yang aku lalui...


Assalamualaikum!!

aku nak share kat korunk detik2 cemas yang aku dan 3 orang lagi kawan aku lalui ketika bercuti kat pulau pangkor 9-11 haribulan tadi. baru lagi kan?? hew.hew.hew. ewahhh gelak pun dah lain sangat. keh2 

ceritanya macam neh, sebab nak senang kami sewa moto jerk untuk jenjalan kat pulau pangkor tue, serius jalan dia memang menakutkan dah macam nak ke genting higland pulak. udah laaa naik motor. terasa macam kenderaan berat yang tak bergerak pulak bila naik bukit tue. fine! sbb berhempas pulas naik bukit turun bukit. aku pun terus lapa. kami pun berenti dekat satu kedai. beli makan bungkus. kunun2 nak makan tepi pantai sambil berbual2 kosong laaa kan. ewahh. dramatis sangat!

kami park moto dan terus ke pantai kebetulan kat pantai tue ada tempat duduk macam meja laaa tapi rendahh jerk. kami pun bersila jerk atas meja tue. meja batu. aku yang tak hengat apa nak jadi terus melantak kelaparan. serius. memang aku lapar. sambil makan tue dengan syahdunya kami pun sembang laaaa pasal hal memasing...maklumlaaa dah setahun tak jumpak dan bergosip. keh2. 

tiba2!!!



kawan aku yang duduk sebelah kiri sekali terjun daripada meja tue dan kedebuk!! jatuk tertiarap kat pasir pantai tue! macam nehhhhh~

 
 
aku dengan 2 orang lagi terpinga2. kenapa pulak dengan perempuan neh?? tetiba jerk terjun?? dalam ati aku neh. neh mesti sawan babi neh. nak sondoi ayaq neh. tiba2 lagi belum sempat kwn aku yang terjun tuh bangun. kawan aku yang sebelah kawan aku yang terjun tue pun terjun jugak. 

then, 
kawan sebelah aku pun terjun jugak. pelik!!
aku yang tengah terpinga2 neh pun dalam hati kata. dah dorang terjun. aku pun terjun la!
tapi aku terjun dengan bergaya. tak tertiarap oke. sebab aku ingat yang aku neh tengah mengandung 5 bulan kot

tiba2 aku nampakk







 
 
benda alah neh menjalar atas meja tue. huhuhu
masya ALLAH... rupa2nya ada ular jatuh daripada pokok tempat kami berteduh tue..
dan hanya kawan aku yang terjun mula2 tuh yang perasan. dia dah jerit cakap ular tapi kami yang tak perasan dia sebut apa. 

nasib baik semuanya selamat dan oke2 sahaja. bukan apa. bila kita terkejut. kita punya tindakan pun di luar jangka. nasib baik bukan ular tue jatuh dekat aku. kalau tak, aku rasa tindakan aku pun sama macam kawan aku yang kena tuh. terjun dengan gaya bebas tapi fikir diri kau tue mengandung!

huhuhuhu

Thursday, December 5, 2013

normal ke???


 

 Itu mengandung oke? bukan buncit. huhuhu

Dah lama aku tak share pasal aku punya prenancy neh. hurm bukan hape. kank org bosan pulak dengan blog aku neh. asyik cita sal kemengandungan aku jerk. huhuhu. macam org lain tak pernah peknen! hihihi
sekarang aku dah 18week. ewah. dalam 4 bulan 2 minggu la kan?? perut aku?? hurm dengan badan aku yang godang neh, aku pun tak pasti perut aku kena besar ke tak. tapi ramai yang cakap bila aku kata aku dah 4 bulan " eh?? biar betul?? tak nampak pun? ingatkan dalam 2 @ 3 bln baru. hurmmm...ntah laaa aku pun tak pasti. logiknya perut aku kena besar mana neh??? haiyaaaaa

ok. fine. sejak seminggu neh aku kerap sangat sakit kat bawah perut. tak adalah setiap detik dan saat. cuma kenkadang jer laaa tapi kerap jugak laaa. kenapa erk?? ini buat aku risau sangat. holaaaa rasa dia macam nak period tuh. huhuhu. adakah itu normal?? aku p tnya doc. doc just ckp hurmmm kalau bleeding cpat2 pergi hospital. oh doktor~ bukan itu jawapan yang aku inginkan. hukhuk. nagis jap.

ramai yang tak tanya even hubby aku yang jauh di mata dekat di hati tu pun selalu tanya. baby oke tak?? hish. sungguh aku tak ada jawapan tuh. doc pun tak cakap paper whether baby ok or tak. doc and misi sibuk dengan aku punya berat badan yang naik mendadak. ok. aku tau berat bdn yg naik mungkin sebab kencing manis or darah tinggi. tapi kan dah cek, kencing manis tak da. and setiap kali p cek tekanan darah aku normal setakat neh. hurmm...jadi apa lagi?? aku nak tau baby ok ke tak!!!!

nampak tak aku stress??? hukhukhuk aku pernah scan sekali jerk. tu pun baru nampak kantung jerk. aku nak tau baby aku berkembang ok tak?? pertumbuhan dia macam mana?? jantung bunyi tak?? sihat tak?? semua aku nak tau! kenapa cik puan doktor tak scan setiap kali saya p klinik?? ayoooo. adakah itu normal?? hukhukhk. nagis sambil lap ingus2

risau! ajak en hubby g klinik swastaa scan. hurmmm nak kena tunggu dia balik pulak. 2 minggu lagi weh! koruunk faham tak perasaan aku sekang neh?? penantian satu penyiksaan. persoalan satu kerisauan.eh?? huhuhu. ada ke yang ada pengalaman macam haku neh?? ke aku neh over jerk?? hihihi

#hope sangat baby okay and sihat dalam pewot mama yang buncit neh . jangan nakal yer dalink! huhuhu#

 

Tuesday, December 3, 2013

"saman tetap saman" = Hantu Villa Nabila


Sememangnya aku tengah borinkkk. bukan tak dak benda nak cerita. banyak benda aku nak story mori kat uolsss semua. tapi dek sebab oleh, haaa...gila punya TERUK BM aku. huhu aku malas. tak rajin dan semaknanya dengannya...jadi aku pun google2 laaa apa2 saja. then aku jumpak benda yang dah lama neh pun. aku pun gelak guling2. hahahhaha. jadi, aku pun nak hiburkan uolsss semua kan...
jom gelak guling2 sambil baca keretan2 akhbar neh ...hew.hew.hew. eh? dah lain pulak aku gelak. hihihi

#sekadarhiburanditengahri#

kalau aku pun marah. huhuhu . kesian...tercalar kredebeliti hantu2 kat situ. huhuhu
 
huhuhuhu. dah laaaa dituduh. rumah diceroboh masuk reramai pulak. uhuhuhu. privacy terganggu huhuhu

tetiba pulak hantu kak limah ada kat villa nabila. apa cer?? huhu

Monday, December 2, 2013

review pengomen blog yang ke 300 & 303


 

Assalamualaikum!!!
heeeee :) kononnn jerk dulu cakap nak aktif balik ler apa laaa kan?? sekang neh dah rasa macam janji2 manismu pulak dah huhuhu. okay fine. aku tak kan bagi alasan klise lagi iaitu SIBUK. hahaha. tak dak alasan sebenarnya kenapa aku lama tak update. mungkin MOOD tak dak kot. huhuhu. ukhukhuk

okay hari tu aku dah jnji nak review blog pengomen yang ke 300 & 303 hurmmmm. yup memang lama dah ada pengomen nya. aku jerk yang tak review2 hukhukuhuk.

SIAPAKAH????




















Seorang perempuan. belum berkahwin. tapi melihat kepada isi2 blog dia. aku yakin tak lama lagi dia akan kawen. huhu. sila jemput yaaa! hukhukhuk. aku dengan dia dah kenal lama. dia di antara pengomen aku yang pelik. pelik tapi benar. kami di beri gelaran anak dara oleh OKJE. huhuhu tapi sekang aku?? aku dah mak dara dah sekang ne huhuhu.

antara benda yangg paling aku suka dengan blog dia ne ialahhhh 

http://najihah90.blogspot.com/ 

comel kan??? ayoooo aku nak jugakkk!! nak satu boleh?? huhu macam mana buat dodol neh? err...hukhukhuk

followers dia pun dah ribu ribannnnn kott tak macam followers aku yang macam tuh jerkk sikit dia huhuhu. sedeh! tengokkk bukti

http://najihah90.blogspot.com/ 

banyak info3 menarik dekat entry beliau. so, jangan lepaskan peluang ini. p laaa melawat sambil belajar kat blog dia walaupun cuti sekolah neh. huhuhu. boleh klik kat mana2 gmbar jerk nak ke blog beliau yang oh! acem! hikhikhik 
 
 

juga seorang perempuan oke. huhuhu. nama beliauuu opsss nak tahu kena tekan laaaa hikhikhikhik. aku rasa beliau neh baru belasan tahun neh. tak pun sekolah lagi. dik... sekolah rerajin yer.. ukhukhuk. umor, duk mana semua tuh aku tak tau. aku cari jugak tapi tak jumpakkk. beliau yang tak letak. atau aku yang tak reti cari. hukhuk. ada dua kemungkinan sekang neh.

http://rawkkstylo.blogspot.com 
tengok followers dia..boleh tahan jugak banyak dia neh ... ramai gak peminatt. huhuhu. blog dia memang simple pimple laaa aku tengok kan...tapi nice and banyak entry sal contest atau GA. kuat masuk pertandingan neh. macam aku muda2 dulu. huhuhu. 

ha. sesapa yang nak buat lawatan muhibah boleh klik ke gambar followers tuh! hikhikhik. sengaja aku tak nak mention nama nak bagi suprise sikit. kank kalau yang dah tahu nama malas nak klik dan buat lawatan sebab dah tahu blog sapa. hehehehe. 

ha! sesapa yang gila hadiah dan nak join contest. boleh klik kat SINI 
ada contest menarik! aku yang jadi sponsor. ewah! tiket hanimonn kat belakang umah aku
seminggu pun boleeeeeeeeeeee heeee

kbai!
 

 
 
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com