Thursday, November 1, 2012

"Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama"!!!!


 

Ambooiiiiii banyaknya duittt. banyak duit ke banyak kertas jer dalam bag duit aku neh?? hehehe. Alkisah, maka terjadilah satu cerita kenyanyukan aku yang tak bertempat tuh. tepat jam 2.3o ptg aku buat keputusan nak pergi ke Parit Buntar. daripada rumah aku lebih kurang 30 minit jugak la. lama weh. Kematu semua perkara. apakah?? hehehhe. Aku pun bernyanyi2 riang sambil bawak motor sensorang aku. kawan2 aku semua kerja. yang tak kerja sibuk nak amek anak2 balik sekolah. al maklumlaaa ...huhuhu

Niat di hati aku, aku nak pergi bank islam! Ewahhh macam banyak duit jer kan ?? kalau sebut pasal nak pergi bank neh. hihihihi. arghhh peduli. dalam kegirangan aku sengsorang tue. sekejap nyanyi lagu aishah sekadar di pinggiran sekejap nyanyi lagu ct nurhaliza, gemilang dan sekejap2 nyanyi lagu negara ku. eh? huhu. tengok? betapa cerianya aku! huhuhu

Lebih kurang 30 Minit aku pun sampai ke Bank. hadoi. sakit pinggang, usus, pankreas dan bulu dada aku. ha? huhuhu. aku pun korek2 bag yang aku gantung kat leher. korek punya korek. eh?? asal neh? mana pergi?Eh? tak der pun? haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Alamaaakkkk!!! aku tertinggal bag duit aku lerrrrrrrrrrrrr kat umah!!! dan aku dah ada depan bank! huh!. rasa macam aku nak meraung2 jer kat jalan tuh. rasa macam nak buat2 gila. biar semua orang pandang aku! huh! dah ler perjalanan tu jauh. tertinggal bag duit. ic. lesen dan segalanya! 

aku pun cepat start motor. balik! huhuhu. kank ada yang tangkap aku tak da IC mcm neh dorang kata aku warganegara amerika pulak. mlas ler aku! huhuhu.

kbai! selamat malam semua huhuhu

Tuesday, October 30, 2012

Aku yang tulis, aku yang pening. huh!


 

Agak2 apa perangai aku minggu ni?? hurm. aku dah dapat penyakit malas. malas nak hapdate. mungkin sebab aku agak sibuk dan kepala aku berserabut. sungguh aku serabut. serabut sal masa depan aku yang semakin ke depan neh. semakin ke depan masa depan aku semakin ke depan jugak perut aku. eh? Maaf. aku merepek. Ya Allah sungguh aku keliru! berikanlah aku pilihan yang tepat dan terbaik. amin!

Terima kaseh kepada semua yang wish bday my mum! hurm nampaknya awak ada terbau sesuatu erk dekat entry tuh?? huhu. betul laaa sangkaan anda itu.Walau pedih, aku terima dengan senyuman yang payah. ewah! sastera sangat kot tetiba. Tengs my sis! sentiasa penuh dengan kata-kata semangat dan pujian2 anda. huhu ayat last tu aku tambah. Nak aku cerita ke tentang kiasan aku di entry ini?? kalau nak aku boleh jer cerita. nak raih simpati??? eh, tak pernah sekali kot. 

Kalau aku cerita. aku sekadar nak berkongsi bagaimana aku yang dulunya seorang pendendam menjadi seorang yang pemaaf kepada orang yang sepatutnya aku sayang. adoiii berbelit2 pulak aku punya entry kali neh. mohon jangan ler ada yang muntah hijau kat blog aku neh. dah ler penuh dengan sawang. kank dengan muntah jugak. huhuhu. stop tentang tuh. aku tunggu respon korunk. ada yang nak tahu??

Owh haaa. sebelum aku terlupa. aku mungkin akan ke tanjung malim 4hb 11 sampai 15hb 12. lama kan?? sebulan lebih! sambung belaja?? eh,  tak ler weh. buku pun tak nak tengok muka aku yang tua neh. suruh orang lain pulak ler belaja. huhuhu. aku ada kursus kat sana. hadoi! kalau jadi aku pergi, maknanya aku akan bertambah bizi. sedeh ler..tak boleh nak bermanja2 dengan blog neh. apa lagi dengan anak dara sorang neh. huhuhuhu

Eh, apa aku tulis neh??? huhuhu

Selamat Malam semua!
Saya sayang awak, awak dan awak!

kbai!

Monday, October 29, 2012

Sumpah! I love u forever~


Curik dari Pak Cik Google
 Selamat hari lahir mak yang ke 48 tahun!!!  Semoga panjang Umur! murah rezeki dan kekal hingga ke akhir hayat bersama Somi tercinta! 

Jika tidak kerana mak,
entah di mana aku sekarang, rumah anak yatim? kebajikan? atau mungkin aku hanya sempat menatap dunia yang indah ini sekejap.

Jika tidak kerana mak,
Aku tak kan membesar menjadi godang dan menjadi anak di rumah ini. 

Jika tidak kerana mak
Aku bukan sesiapa yang boleh dibanggakan saat dan ketika ini. 
dan

Jika tidak kerana mak,
aku tak kan belajar apa itu kehidupan? apa itu memaafkan? apa itu erti seorang mak biarpun, aku lahir bukan dari rahim wanita bergelar mak itu.

Terima Kasih mak!
terima kasih kerana menjadikan aku anakmu!
terima kasih kerana menyayangi aku seperti aku darah dagingmu!
I love u mak! forever!
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com