Tuesday, March 29, 2011

ciNTa pErtAmA & cInTA TeRAKhIR..




Cinta pertama
Cinta pertamaku yang lara…
Entah kemana sirna sebuah cinta
Entah kemana hilang sebuah rindu
Lama aku mencari…
Dimana silapnya…
Dan akhirnya aku temui jawapannya
Aku rupanya hanya sekadar sebuah persinggahan
Bagi lelaki yang bernama zulhairi itu
Persinggahan tatkala aku amat di perlukannya
Sudah lama rasanya aku menyimpan segalanya di hati
Dan bila bersuara aku tewas dengan setiap pujukannya
Tapi tidak lagi hari itu…
Hari yang menjadi sejarah pahit dalam hidupku
Aku tekad!
Biar bagaimanapun pujuk dan rayunya
Sumpah dan janjinya..
Tidak ada lagi cinta yang aku sinpan untuk dirinya
Dan segalanya berakhir di situ..
Kisah cinta pertama yang melukakan..

Cinta sejati
Setelah begitu lama ku tutup pintu hati
Setelah lama aku tidak merasa cinta sejati
dan akhirnya hari ini aku jatuh cinta..
buat sekian kali..
dia…
lelaki yang pada mulanya ku anggap hanya sebagai teman
lelaki yang pada mulanya hanya ku fikir untuk di permainkan
hadir..
membuka pintu hatiku
menyentuh luka2 di hatiku..lalu
memberi penawar dengan kehangatanya cintanya
yang tiada tandingannya
dari saat itu aku mula menyedari
aku sudah punya penawar untuk luka2 yang masih berbekas
dari kesan cinta lalu itu..
akhirnya…
ku serahkan sepenuh hatiku
sepenuh kasih sayangku..buat dirinya..

No comments:

 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com